0
Your Cart
0
Your Cart

Salam perkenalan

Bismillahirohmanirahim….

Assalamualaikum. Apa khabar semua?

Pada yang mengenali saya, ya… saya Zaharah Manap. Insan kerdil yang tinggal di Shah Alam, Selangor. Masih lagi makan gaji tapi berangan nak ada business sendiri.

Saya Azah atau boleh panggil Kak Azah. Pangkat kakak lah rasanya sebab usia pun dah masuk 40an. Sikit lagi nak masuk setengah abad.

Takut…. belum ada semangat yang kuat meninggalkan kerjaya untuk fokus dalam perniagaan. Mungkin terlalu lama dan selesa makan gaji, saya hanya mampu berniaga secara kecil-kecilan.

Itu sebabnya saya bangunkan website ini, www.dafitrastore.com. Jual secara online. Jadi saya ada masa untuk kerja hakiki disiang hari dan waktu malam atau hujung minggu saya fokus pada business kecil-kecilan saya.

10 tahun dalam bidang kewartawanan, 2010 saya beralih ke dunia PR. Menjalankan kerja-kerja PR sangat mencabar. Banyak benda baru saya belajar khususnya dalam urusan pentadbiran korporat. Tujuh tahun menjawat jawatan PR, saya diberi kepercayaan untuk menjaga koperasi. Ya, saya kini orang koperasi!

Enam tahun bergelumang dengan pentadbiran koperasi dan menjalankan beberapa aktiviti perniagaan, ia benar-benar menepati citarasa saya. Cabaran demi cabaran saya terima. Dari urusan kontrak penyelenggaraan jalan hinggalah menguruskan pernigaan runcit, semua saya sapu.

Dari situ saya timba banyak pengalaman dan melihat begitu banyak peluang untuk peniaga-peniaga kecil. Namun, pengalaman dan ilmu masih belum cukup. Timba lagi dua hingga tiga tahun. Doakan saya untuk kuat semangat untuk berniaga.

Sokongan awak semua amat saya harapkan. Boleh beli produk terus dalam website ini atau boleh ke shopee saya. Moga-moga setiap pembelian akan menaikkan semangat saya untuk berniaga.

Kak Azah, xoxo.